February 12th, 2018

Sebentar tadi telah pun berlangsung Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL 32)  dengan tema fesyen dan muzik di Axiata Arena, Bukit Jalil. Tahun ini sejujurnya AJL 32 ada nampak meriahnya dengan gandingan hos Aliff Satar dan Sherry Al-Hadad yang tidak membosankan dan bertenaga.

Malah, para finalis AJL 32 juga berusaha memberikan persembahan yang terbaik sehingga ada yang mendapat “standing ovation”.  Malah, rata-rata netizen berpuas hati kerana anugerah tersebut  tahun ini tidak dipenuhi dengan iklan produk kosmetik “terlampau” daripada penaja. Heh..

Tahun ini Hael Husaini sudah berjaya “menjampi” seluruh Malaysia dan muncul sebagai juara AJL 32. Lagu Jampi nyanyian beliau sememangnya popular dan menjadi siualan ramai kini.

Berikut adalah keputusan penuh AJL 32 :-

JUARA: Hael Husaini (Jampi)
NAIB JUARA: Faizal Tahir  (Sejati)
TEMPAT KETIGA: Haqiem Rusli ( Tergantung Sepi)
VOKAL TERBAIK: Syamel & Ernie Zakri ( Aku Cinta)
PERSEMBAHAN TERBAIK: Altimet (Amboi)

Walaupun tahun ini majoriti finalis merupakan bakat baru dalam industri, tetapi mereka sudah membuktikan bahawa mereka juga boleh tampil dengan persembahan yang agak berkualiti. Semoga selepas ini makin ramai penyanyi yang bersemangat untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan terus memantapkan lagi industri muzik tempatan. Adakah anda berpuas hati dengan keputusan AJL 32? Kongsikan pendapat anda dibawah.


68 responses to “(TAHNIAH) Hael Husaini Juara AJL 32 Menerusi Lagu Jampi”

  1. proffymusic says:

    RESPECT SISSY IMANN sebab main piano dengan sangat baik
    Perfect! and pilihan yang bijak Hael memilih Sissy Imann

  2. FMA says:

    Aku ada sketsa… Dengar baik2 ya? Ini dia:

    Hazama: “Aku Yang Sebenarnya” patut menang, tapi dengan satu syarat!
    Hael: Apakah syaratnya, Ma?
    Hazama: Jangan harapkan “Jampi”, faham?
    Ara: Inikah “Warkah Untukmu”? ?
    Azmi: Penyanyi “Sejati” ini yang patut ‘menang besar’ untuk tahun ini, tahu?!
    Syamel: “Aku Cinta” ini “Lebih Sempurna” daripada kamu semua. Jadi, aku patut menang!
    Ernie: Aku setuju dengan kau, Mel! ?
    Khai: Jangan asyik nak peluk “Bayang” sendiri, boleh tak?
    Wany: Aku “Menahan Rindu” bertahun-tahun. Bagilah aku menang!
    Haqiem: Jangan biarkan aku “Tergantung Sepi”. Aku pun nak menang juga!
    Dayang: Sudah “Separuh Mati Aku Bercinta” sejak menang tahun lepas, bagilah aku menang lagi!
    Salma: Kalau lagu aku tak menang pun aku tak kisah juga… Awalnya benci, “Akhirnya Cinta” juga!
    Altimet: “Amboi”! Kamu semua berebut gelaran Juara Lagu, nampak? Aku ‘retired’ pun tak bising!
    Semua: DIAMLAH, penyibuk! ?

  3. Alanice says:

    Fans yg bgado smue dr team dayang dgn salma. Tgk fans hael, khai bahar , wany smue lk je. Xbley move on r tu zmn dh abis.

  4. Alanice says:

    Npe sajat xjd penaja kali ni?

Loading...