Saban tahun dinantikan, sudah pasti Anugerah Juara Lagu ke-35 tahun ini turut menjadi ikutan ramai dek pencalonan hebat lagu-lagu terbaik daripada artis tanah air.
Walaupun acara hiburan sudah boleh disertai penonton namun AJL kali ini tetap dijalankan tanpa kehadiran peminat disebabkan oleh persediaan asal sebelum ini.
Berlangsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), walaubagaimanapun situasi tersebut tidak menghalang rakyat Malaysia untuk berseronok di rumah masing-masing.
Banyak ramalan dan tebakan, namun tuah nampaknya berada di samping lagu ‘Gila’ nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B selepas ianya dinobatkan sebagai pemenang AJL ke-35 sebentar tadi.
Selain itu, tangga kedua jatuh kepada ‘Semalam’ nyanyian Aina Abdul dan tangga ketiga ‘Belenggu Rindu’ dendangan Dato’ Jamal Abdillah dan Wany Hasrita.
Dalam pada itu, Vokal Terbaik dianugerahkan kepada ‘Gundah’ dendangan Ernie Zakri dan Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh Zizi Kirana dengan lagu ‘Eh’.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Tahniah kepada semua pemenang!