Semalam selepas beberapa bulan tidak menonton Melodi, Abang Nara tertengok juga rancangan penuh sensasi tersebut. Fuh~~ Banyak kisah-kisah panas yang dipertontonkan. Namun hanya satu yang menarik perhatian Abang Nara. Tak lain tak bukan ialah jantina anak di dalam kandungan Almy Nadia yang kini sudah pun masuk bulan ke 8.
Fizz Fairuz telah memaklumkan yang berdasarkan pemeriksaan dan ‘scanning’ yang dilakukan, mereka berdua bakal menimang cahaya mata perempuan. Alhamdulillah. Sebenarnya kalau bab-bab anak ini tak kisahlah anak lelaki ke anak perempuan, yang penting sihat tubuh badan. Tetapi kalau dah tahu awal senanglah sikit. Boleh buat persediaan apa yang patut. Nama pun boleh mula buat ‘shortlist’ dah.
Tak sabar rasanya Abang Nara nak menatap wajah ‘baby girl’ hasil perkongsian hidup Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Mesti comel macam emaknya. Diharap segalanya berjalan lancar sehingga ke hari kelahiran kelak. Semoga segalanya dipermudahkan buat Almy. Sama-samalah kita doakan. Amin.