Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Fizo Omar yang kini sudah bergelar bapa selepas isterinya, Mawar Abdul Karim melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 2.78 kilogram di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur kira-kira jam 4.01 petang tadi.
Berita gembira itu diumumkan oleh Fizo sendiri menerusi akaun Instagramnya dimana beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan mereka.
Akhirnya selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, hasrat Fizo dan Mawar untuk menimang cahaya mata sudah termakbul. Tahniah sekali lagi kami ucapkan dan semoga dengan kehadiran orang baru akan memeriahkan lagi keluarga mereka.