Berkongsi berita gembira menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi, pelakon Nur Fazura kini disahkan telah selamat melahirkan bayi perempuan.
“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020.”
Menurutnya, kehadiran cahaya mata sulung yang yang sihat dan sempurna itu sangat membahagiakan beliau dan suami, Fattah Amin.
Bagaimanapun, beliau difahamkan memohon sedikit masa untuk merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW.
View this post on InstagramAdvertisement
Dalam pada itu beliau dan suaminya juga dilihat tidak ketinggalan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua insan yang mendoakan kesejahteraan keluarga kecilnya.
“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga.”
Sekadar informasi, Fazura telah sah menjadi isteri kepada Fattah dalam majlis tertutup yang berlangsung di ibu kota pada 27 November 2017.

ms MY
October 5, 2020 at 12:25 pm
alhamdulillah..tahniah.
Smartbird
October 2, 2020 at 9:22 pm
Alhamdullilah, selamat diucapkan pada Faz & Fattah yg dikurniakan seorang bayi perempuan yg pastinya comel. Can’t wait to see the little darling of yours in the coming weeks. Congratulations & happy parenting together.