Rasanya anda semua sudah tahu yang Fazura kini sudah pun mempunyai butiknya sendiri yang diberi nama House of Doll. Abang Nara rasa pilihan nama itu memang sangat sesuai. Doll atau patung sememangnya sinonim dengan kecantikan seseorang dan insan yang bernama Fazura ini memang diakui ramai kecantikannya.
Apa yang tambah mengkagumkan Abang Nara lagi ialah Butik House of Doll yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar ini dibuka 100% dengan duit Fazura sendiri. Tidak ada sebarang tajaan langsung. Kesemua kos yang mencecah ratusan ribu ringgit ini datang daripada hasil lakonan dan duta produk. Paling awesome ialah Fazura tidak melakukan mana-mana loan bank sebaliknya House of Doll ini terbina daripada wang simpanannya. Mantap kan?
Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Fazura atas pembukaan butik miliknya ini. Semoga perniagaan anda akan berkembang maju. Dan kepada peminat Fazura, bolehlah pergi melawat House of Doll dan mendapatkan sendiri produk rekaan Fazura bersama Rizman Ruzaini. Tahniah sekali lagi kepada Fazura. Kredit info Berita Harian.