(TAHNIAH) Faye Kusairi Selamat Bersalin Anak Perempuan

Hiburan

(TAHNIAH) Faye Kusairi Selamat Bersalin Anak Perempuan

Pelakon Faye Kusairi yang baru menghidap Bell’s Palsy kini disahkan selamat meninang anak keduanya.

Advertisement

Kata Faye, beliau kini amat bersyukur kerana beliau dan bayi perempuan itu berada dalam keadaan sihat.

Perkara itu didedahkan sendiri olehnya menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram.

“Assalamualaikum, saya ingin berkongsi berita gembira kepada semua. Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak perempuan kami pada hari Ahad lepas. Syukur ke hadrat Ilahi juga, saya dan baby berada dalam keadaan sihat. Harini saya dan baby sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah.”

Tidak ketinggalan, Faye juga dilihat sempat menzahirakn ucapan terima kasih buat semua yang tidak putus-putus mendoakan kesejateraanya berikuta menghidap Bell’s Palsy kira-kira seminggu yang lalu.

“Terima kasih buat semua yang tak putus2 doakan kebaikan dan kesihatan saya berkenaan dengan Bell’s Palsy juga selama beberapa hari ni. Maaf, saya belum mampu nak attend semua komen mahupun DM. Saya akan cuba juga update from time to time regarding my progress as well as keadaan saya berpantang nanti,”

Bahkan, beliau juga akan mendedahkan wajah anaknya andai sudah bersedia kelak.

“I will share gambar baby soon bila sudah betul-betul bersedia ya? Buat masa ni, izinkan saya dan baby berehat dan gain back my energy during these few days berpantang.”

Untuk rekod, Faye telah sah bergelar isteri kepada pengarah drama iaitu Azmi pada 9 April 2017, malah mereka juga telah dikurniakan seorang anak lelaki.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...