Yang dinanti-nantikan oleh peminat telah pun berlaku, pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman telah pun sah bergelar sebagai suami isteri dengan sekali lafaz.
Majlis yang berlangsung dengan penuh indah di Golden Palm Tree Malaysia, Sepang sememangnya menggambarkan ketenangan serta keserasian kedua-dua selebriti itu.
Dapat dilihat, Fattah dan Amira cantik berbusana putih baju pengantin rekaan pereka fesyen terkenal.
Sekadar info, pada Isnin lalu, Fattah dan Amira memaklumkan secara umum bahawa mereka bakal bernikah pada 14 September dan berita tersebut disambut baik oleh peminat serta rakan selebriti susulan sudah lama mendoakan agar pasangan itu bersatu.