(TAHNIAH) Fasha Sandha Selamat Lahirkan Cahaya Mata Perempuan

Hiburan

(TAHNIAH) Fasha Sandha Selamat Lahirkan Cahaya Mata Perempuan

Alhamdulillah! Setelah dimasukkan wad kelmarin kerana mempunya tanda bakal bersalin, pelakon Fasha Sandha akhirnya selamat melahirkan bayi perempuan sebentar tadi.

Malahan berita gembira itu disampaikan sendiri oleh suami wanita tersebut iaitu Aidil Aziz menerusi laman Instagram rasminya.

Advertisement

Menerusi entri tersebut, Aidil meluahkan rasa bersyukur kerana bayi tersebut yang diberi gelaran ‘Baby A’ selamat dilahirkan ke dunia ini. Malahan, lelaki ini tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada Fasha Sandha kerana mengandungkan bayi mereka.

Lebih bermakna buat pelakon lelaki itu apabila dia sanggup mengambil cuti selama sebulan lamanya bagi menemani isterinya berpantang selepas ini. Sweet sangat!

fasha sandha selamat melahirkan anak

Dalam pada itu, Aidil turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang tidak putus mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga. Bahkan dia berharap agar Allah SWT akan memperluaskan rezeki semua dek sokongan mereka.

Makin meriah keluarga Fasha dan Aidil selepas ini!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...