Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Fasha Sandha Sah Menjadi Isteri Jejai Dengan 2 Kali Lafaz

Sebentar tadi telah pun berlangsung majlis pernikahan Fasha Sandha, 28 tahun dan Rizal Ashram Ramli (Jejai), 36 tahun . Alhamdulillah kini Fasha telah selamat bergelar isteri kepada Jejai dengan 2 kali lafaz. Akad nikah telah dilangsungkan oleh ayah Fasha Sandha sendiri di Hotel Crowne Plaza kira-kira jam 9.45 malam tadi.

gambar nikah fasha sandha jejai

Untuk makluman, mas kahwin pernikahan Fasha dan Jejai ialah sebanyak RM8,888.88. manakala wang hantaran dirahsiakan.  Pihak pengantin lelaki turut membawa 7 dulang hantaran iaitu beg LV, alat solek, telefon Galaxy Tab, sebentuk cincin, coklat dan dibalas 9 dulang hantaran berisi kasut, sejadah, buku Terima Kasih Tuhan, tali pinggang, tali leher, alat perapian lelaki, sebentuk cincin, tepak sirih dan coklat oleh pihak pengantin perempuan.

Advertisement

Selepas ini, pasangan ini dikhabarkan akan berbulan madu di Pulau Redang.Jutaan tahniah diucapkan kepada Fasha dan Jejai atas pernikahan ini. Semoga ianya berkekalan sehingga ke akhir hayat.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

122 Comments

  1. Pingback: (TAHNIAH)Fasha Sandha Sah Menjadi Isteri Jejai Dengan 2 Kali Lafaz | HatiBlogger [dot] Com

  2. aincute

    April 29, 2012 at 9:50 am

    fasha cantik sgt2……..wajah pun naik seri.apapun Tahniah Fasha & Jejai

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top