Desas-desus berakhirnya pertunangan antara Farhan AF4 dan kekasihnya, Ahmad Rashdan yang bertiup kencang selama ini ternyata hanyalah palsu semata-mata. Pasangan merpati 2 sejoli ini akhirnya bakal mendirikan rumahtangga yang diidamkan selama ini pada 10 Oktober 2014. Untuk makluman, Farhan dan Rashdan telah mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012.
Mereka berdua akan diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Selepas itu ajlis persandingan pasangan ini akan diadakan pada sebelah malam di Dewan Seri Endon, Putrajaya. Semoga segala persiapan berjalan lancar. Tahniah Abang Nara ucapkan atas perkahwinan anda. Semoga berbahagia sehingga ke syurga. Amin.
P.S: Imej pertama Suzuki Vitara 2015 didedahkan