Tahniah! Farah Nabilah Hamil 19 Minggu

Hiburan

Tahniah! Farah Nabilah Hamil 19 Minggu

Pelakon jelita, Farah Nabilah mengumumkan bahawa dirinya dan suami, Mohammed Amirul Yunus bakal menjadi menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

farah nabilah hamil

Advertisement

Perkara itu dikongsi sendiri Farah di laman Instagramnya yang mengesahkan kehamilannya kini telah hampir memasuki usia lima bulan.

Video rakaman suaminya mengusap perut dan mencium dahinya dirakam Farah dan dipamerkan di Instagram untuk tontonan para pengikut dan peminatnya.

https://www.instagram.com/p/CBPhPVRpUq7/

“Tolong hantar doa anda untuk kami ya? So, mini me or mini mirul?”

Bagaimanapun, Farah masih belum mendedahkan jantina bayi berkenaan kepada umum. Namun melihat di posting yang dimuat naiknya, ramai yang seakan teruja menerima berita tersebut.

Entri itu dibanjiri pelbagai komen murni termasuk rakan artis yang tidak putus mendoakan yang terbaik buat kesihatan Farah.

Malah ucapan tahniah juga turut disertakan peminat dan tidak lekang menitip doa buatnya dan bayi di atas perkhabaran tersebut.

farah nabilah hamil

Farah dan suami mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu di Mutiada Ballroom, Royale Chulan Damansara. Detik perkenalan merpati dua sejoli ini bermula apabila rakan akrabnya, pelakon Izara Aisyah memperkenalkan  Amirul kepadanya kira-kira tujuh tahun lalu.

Malah, pasangan ini juga terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sebelum majlis nikah berlangsung pada hari yang sama.

Untuk rekod, Farah menerima wang hantaran sebanyak RM77,777.77 dan mas kahwin bernilai RM1,000 daripada Amirul yang juga seorang juruterbang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...