Tahniah kami ucapkan kepada Fara Fauzana ataupun lebih mesra disapa Fafau kerana bakal menamatkan zaman bujangnya bersama seorang ahli perniagaan pada 17 September depan.
Difahamkan Fafau dan lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Hafiz bakal mengadakan majlis raja sehari mereka di Dewan Mustapha Kamal, Neo, Damansara, Selangor.
Majlis nikah bakal bermula jam 9 pagi diikuti dengan majlis resepsi pada pukul 12 tengah hari ditempat yang sama.
Fafau dan Hafiz mula berkenalan sekitar dua tahun lalu dan perkenalan mereka itu diaturkan oleh rakan mereka.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Fafau sendiri menerusi satu sidang media khas yang berlangsung tengah hari tadi.
Akhirnya Fafau telah bertemu dengan seseorang yang sesuai buat dirinya. Semoga segala persiapan pernikahan mereka berjalan dengan lancar.