Jutaan tahniah diucapkan kepada Fadzil Zahari dan Yana Samsudin atas kelahiran bayi sulung mereka. Cahaya mata lelaki itu telah selamat dilahirkan pada 21 Julai lalu. Berita gembira ini telah dikongsi oleh Fadzil sendiri menerusi akaun Instagramnya.
Tulis Fadzil Zahari:-
Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum wbt… Alhamdulillah isteri saya @YanaSamsudin selamat melahirkan seorang baby boy pada 21.07.2016 terima kasih kepada isteri yang bersusah payah, bersakit sakit dalam proses melahirkan, tak ternilai jasa dan pengorbanannya.. I love u so much sayang ??? moga cepat sembuh…. terima kasih juga pada mama abah, mak abah yang tak henti henti berdoa, adik beradik, sahabat2, kawan2 dan hangpa semua yang sentiasa mendoakan… Alhamdulillah… Kami juga mendoakan kesejahteraan hangpa semua.
Semoga si comel ini akan membesar dengan sihat. Jutaan tahniah diucapkan sekali lagi kepada pasangan suami isteri ini. Semoga akan bertambah murah rezeki dengan kehadiran cahaya mata ini. Amin.