October 20th, 2020

Pelawak Fad Bocey kini selamat menimang cahaya mata keempat selepas isterinya, Syaheera Rahman bersalin bayi lelaki awal pagi tadi.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh Fad menerusi sebuah entri yang di muat naik di laman Instagramnya.

“Assalammualaikum, salam subuh semua..Syukur Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, tarikh hari ini 20/10/2020 jam 4:41pagi, isteri saya selamat melahirkan baby boy.”

Dalam pada itu, pasangan ini juga turut mendedahkan nama bayi tersebut iaitu, Ibrahim Jibriel. Malah tidak ketinggalan menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan beliau dan keluarga.

“Selamat datang baby mummy dan daddy, Ibrahim Jibriel Bin Mohamad Fadzlie. Terima kasih semua yang mendoakan kami. Terima kasih banyak my love @syaheeraarahman, I love you so much.”

Untuk rekod, Fad dan isteri telah selamat mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka sebelum ini juga telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...