Pelawak Fad Bocey nampaknya sudah tidak sabar untuk bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya Nur Syahira telah sah hamil 4 empat minggu.
Berita tersebut disampaikan sendiri oleh Fad dan isterinya menerusi sebuah foto di Instagram dengan kapsyen mengucapakan syukur kepada Allah SWT atas kurniaan yang diberikan kepada mereka.
Alhamdulillah rezeki dari Allah .walaupun baru 4 minggu awak dlm perut sy tpi sy dh dpt rasa .awak baik2 ye dlm perut sy .awak lapar awak bgitau sy k ,nanti sy bagi awak makan .22 may nanti kita naik pelamin bertiga tau .sy happy sgt sbb skrg sy dh ada kawan .awak baik baik ya kt dalam perut sy.
Alhamdullillah dan tahniah kami ucapkan kepada Fad Bocey dan isteri. Pasangan mana yang tidak teruja bukan apabila mendapat berita mereka bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Semoga isteri beliau dan anak di dalam kandungannya itu sihat selalu.