Penyanyi Iman Troye semalam dikecam hebat oleh pengguna media sosial apabila satu twit yang dmuat naik olehnya semalam telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen.
Ini berikutan Iman telah menulis peningkatan kes COVID-19 yang telah mencapai angkat 6,976 pada 23 Mei lalu dilihat seakan-akan ‘meraikan’ jumlah orang yang dijangkiti wabak membunuh itu.
Kata netizen, Iman seolah-olah tidak sensitif kerana ramai dalam kalangan pesakit positif itu telah meninggal dunia. Dia yang turut meletakkan tanda pagar #kerajaangagal turut dikritik kerana penyanyi itu sebelum ini pernah melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan.
Meninjau ruangan komen, ramai yang tampil memberi nasihat kepada Iman agar bersikap lebih sensitif dan cakna dengan penderitaan orang lain terutamanya kepada mereka yang telah kehilangan orang tersayang akibat COVID-19 ini.
View this post on Instagram
Dia walau bagaimanapun telah memadam twit berkenaan mungkin kerana dikecam teruk oleh netizen.