Hari ini, pelakon Erra Fazira membuat pengumuman mengejut bahawa dirinya bakal menamatkan zaman solo bersama teman istimewanya iaitu Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai ‘Mr. E’.

Menurut Erra, pernikahan tersebut bakal dilangsungkan pada 12 Disember 2025, Jumaat, jam 8 malam.
Penyanyi tersebut membuat pengumuman menggembirakan itu sewaktu majlis pelancaran tayangan perdana muzik video Cinta Abadi, petang tadi.

Sekadar info, hubungan Erra dan Mr. E mula menjadi perhatian ramai selepas kedua-dua pihak mengesahkan sedang mengenal hati budi masing-masing.

