Teka-teki mengenai kehamilan Ernie Zakri akhirnya terjawab apabila suami penyanyi lagu Boneka itu iaitu Syamel telah mengesahkan mengenai perkara tersebut di Instagramnya.
Ujar Syamel atau nama sebenarnya Syamel Aqmal Mohd Fodzly,28, kandungan Ernie kini sudah pun memasuki usia empat bulan.
Dia yang dihubungi media turut memohon doa daripada orang ramai dan juga peminat agar isteri dan kandungannya sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat.
Alhamdulillah kandungan isteri dah masuk empat bulan..Ernie punya kehamilan berbeza dengan ibu mengandung lain. Masuk trimester kedua baru dia berdepan alahan, macam rasa loya itu semua tapi Alhamdulillah Ernie dan bayi dalam kandungan sihat.
Dalam pada itu, penyanyi lagu GoodBye Hello ini memaklumkan bahawa dia dan isteri akan berkongsi jantina bayi sulung mereka tidak lama sahaja lagi.
Memandangkan kandungan baru empat bulan, jadi kita belum tahu lagi jantina, InsyaAllah apabila kita dah tahun nanti kami kongsikan.
Terdahulu, Ernie menerusi beberapa laporan media hiburan tempatan tampil menafikan bahawa dirinya hamil meskipun ramai sudah merasakan penyanyi itu berbadan dua berdasarkan keadaan tubuh badan Ernie yang semakin ‘sihat’.
Syamel dan Ernie telah selamat mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.