(TAHNIAH) Ernie Zakri Dan Syamel Selamat Bertunang

Hiburan

(TAHNIAH) Ernie Zakri Dan Syamel Selamat Bertunang

Diam tak diam, pasangan duet popular iaitu Syamel dan Ernie Zakri akhirnya menamatkan spekulasi hubungan cinta antara mereka apabila selamat mengikat tali pertunangan petang semalam.

Meskipun majlis dijalankan serba ringkas bagi mematuhi operasi standard yang ditetapkan namun tetap meriah kerana dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Advertisement

ernie dan syamel bertunang Sudah pun bergelar sebagai tunangan orang, Syamel meluahkan rasa syukur kerana berjaya menyunting Ernie sebagai bakal isteri akhirnya.

Pun begitu, lelaki itu mengakui bahawa dia berasa sedikit gentar bagi melalui dugaan alam pertunangan seperti yang sering diperkatakan itu.

“Namun, insya-Allah, saya dan Ernie akan menjaga diri dan batas pergaulan. Kami takkan berjumpa selalu. Apa yang diharapkan, doa peminat bukan sahaja hubungan ini sampai ke jenjang pelamin, malah kekal hingga ke akhir hayat.”

Walaupun mempunyai ura-ura bakal berkahwin pada tahun hadapan tetapi penyanyi popular itu menjelaskan bahawa tarikh spesifik belum lagi ditetapkan.

“Untuk majlis pertunangan hari ini, tiada sebarang perbincangan menetapkan tarikh perkahwinan. Ia akan dilakukan kemudian. Bagaimanapun, saya tidak mahu bertunang lama-lama.”

Semasa majlis bermakna itu berlangsung, Syamel telah menyerahkan tiga dulang hantaran dan berbalas pula dengan lima dulang.

ernie dan syamel bertunang

Siapa sangka perkenalan ketika menyertai program realiti Duo Star yang berlangsung tiga tahun lalu berjaya merapatkan hubungan Ernie dan Syamel. Jodoh sungguh!

Meskipun sering diasak dengan soalan cepu mas mengenai hubungan mereka, namun pasangan itu berjaya menyimpan cerita dengan kemas sehingga ke hari ini.

Semoga urusan perkahwinan berjalan dengan lancar!

Sumber: Berita Harian

Sumber Foto: Sweet Pictures

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...