Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Empat Tahun Jadi Ibu Tunggal, Dira Abu Zahar Selamat Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan

Dengan sekai lafaz pelakon Dira Abu Zahar sah bergelar isteri kepada Syfik Izdzywan Sidek di Masjid Al Azim, Melaka selepas empat tahun melayari kehidupan sebagai ibu tunggal.

dira abu zahar kahwini ahli perniagaan

Advertisement

Meskipun jumlah wang hantaran dirahsiakan, Dira menerima mas kahwin bernilai RM1,000 dan menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga dulang daripada pihak suami.

Menurut Dira, beliau kini dikhabarkan bersyukur dengan fasa hidup baharu yang sudah bermula selepas kembali menjadi isteri.

Biarpun majlis berlangsung secara ringkas, tertutp dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, namun ia dianggap amat istimewa buat pasangan itu.

dira abu zahar kahwini ahli perniagaan

“Anak juga menerima baik kehadiran suami. Keluarga saya bertambah besar dengan kehadiran tiga anak lelaki daripada perkahwinan suami yang lalu.”

Advertisement

Mengakui telah berkenalan dengan ahli perniagaan itu kira-kira setahun lalu, Dira difahamkan akan tetap berusaha menjadi isteri yang terbaik buat kai ini. Malah menzahirkan rasa syukur apabila diizinkan Tuhan dan dilimpahkan rezeki untuk berpeluang menikah lagi.

Terdahulu, dalam perkahwinan pertama, Dira dikurnaikan  cahaya mata perempuan, Tengku Anggun Deandra dan bertindak mengambil anak angkat, Waris Iskandar Andiqa ketika berkahwin buat kali kedua.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top