(TAHNIAH)Elly Mazlein Akan Berkahwin 9 November Ini

Hiburan

(TAHNIAH)Elly Mazlein Akan Berkahwin 9 November Ini

Akhirnya selepas bertunang hampir 3 tahun, Elly Mazlein akan berkahwin juga dengan Azmi Hatta. Tarikh pernikahan mereka ialah pada 9 November ini. Sebelum ini, banyak desas-desus mengenai hubungan mereka berdua yang dikatakan sudah berakhir. Ternyata desas-desus tersebut adalah palsu dan mereka bakal bergelar suami isteri setelah sekian lama.

elly mazlein kahwin

Advertisement

Penangguhan majlis pernikahan ini rupa-rupanya adalah kerana menghormati ibu Elly Mazlein yang telah meninggal dunia pada 11 Mei lalu. Apa pun, tahniah diucapkan kepada Elly dan Hatta atas berita gembira ini. Semoga segala perancangan akan berjalan lancar. Selamat pengantin baru diucapkan.

P.S: 5 tabiat yang merosakkan kereta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.