Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Elfira Loy dan suami, Faris Khairol Anuar yang telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka semalam.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Elfira menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik momen suaminya bersama bayi mereka. Boleh lihat betapa bahagianya dan teruja Faris dapat menatap wajah cahaya mata yang mereka nantikan selama ini.
Ruangan komen di ‘posting’ tersebut dihujani dengan ucapan tahniah buat pasangan ini atas kurniaan terindah itu. Bagaimanapun, sehingga kini Elfira tidak memberikan butiran lanjut mengenai jantina bayinya, sama ada lelaki atau perempuan.
Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Elfira dan suami, semoga keluarga mereka ini terus dilimpahi dengan kebahagiaan dan rezeki dengan kehadiran orang baru. Tak sabar pula kami ingin melihat wajah penuh anak mereka. Putih gebu, mesti comel kan?
Anonymous
October 2, 2019 at 2:30 pm
boy la.. saya pun bersalin kat andorra.. boy selimut biru, girl pink
kucing gelap
October 2, 2019 at 11:20 am
boooo nara!!! nara dh xbest macam dulu. mana button dislike kamiiiiii!!!!!!!!
Anonymous
October 2, 2019 at 11:02 am
ye…kembalikan button like and disline nara!!
korok
October 2, 2019 at 11:01 am
dh selimut baby biru…anak lelaki la…tu pun nak berahsia
ct
October 2, 2019 at 10:49 am
kan da tak bole like …tak bes daa