Pembukaan tahun baru 2019 merupakan lembaran baru juga dalam hidup pelakon Elfira Loy yang kini sudah bergelar isteri kepada Faris Khairol Anuar pagi tadi dalam sebuah majlis tertutup di Cyberview Lodge, Cyberjaya.
Elfira menerusi akaun Instagramnya berkongsi foto beliau dan suami yang sedondon dalam busana pengantin rona putih di atas sebuah pelamin. Difahamkan, pasangan ini bakal mengadakan lima majlis berbeza pada bulan ini bagi meraikan perkahwinan mereka.
Elfira dan Faris mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu hanya selepas beberapa bulan berkenalan.
Kami di BeautifulNara juga mengucapkah tahniah kepada kedua-dua mempelai dan semoga rumah tangga yang dibina kekal sehingga ke syurga.
Anonymous
January 2, 2019 at 9:35 am
xde wow efek pon maybe sbb mekap same je tak seri mcm pengantin2 lain, mase tgk el jalan dari atas turun ke pelamin tu pon mcm biase2 aje xde lah terpesona mcm izara or faz kawen, turun je ke pelamin terus mcm wow hihihi
popo
January 2, 2019 at 8:44 am
Baju ok. Mekap ok cantek. Cuma pelamin je kureng sikit.
Semoga berbahagia El! xoxo
tweety2805
January 2, 2019 at 8:42 am
alahaiiiii….baju x cantik langsung!
tu jer nak bgtau…sekian.
mamipoco
January 2, 2019 at 8:22 am
Setuju sangat ngan sukasuki..Tahniah EL..
Yg lain jng nk poyo..korang ingat ngan Cinta je boleh kenyang boleh bagi anak bini mkn..korang silap…Cuba berpijak dibumi yg nyata sikit..
Anonymous
January 2, 2019 at 7:44 am
cume nak tanye suami el ni mesti dah hafal ayat quran seperti yg diminta oleh mak el pd pian dulu sebelum jd menantu
kakmona
January 11, 2019 at 1:16 am
hahhhaha hakak baru je sembang dgn habang mlm td.. terigt dulu mak El mintak pian hapal al mulk sbg syarat ms kahwin… dan baca quran selai sehari sambil2 sisipkan duit singgit dlm setiap lai yg dibaca.. katanya mak El itu ler je pun jumlah hantaran yg diminta..
FK ni jgn xde syarat tu plak acik.. dan harap El pun hapal ler al mulk ye.. ?