Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Eleena Sui Timang Cahaya Mata Sulung, Syukur Suami Sempat Pulang Untuk Teman Bersalin

Eleena Sui

Pelakon dan juga pengacara, Eleena Sui difahamkan telah selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 25 Mac lalu yang bertempat di sebuah perubatan swasta di Ibu Kota.

View this post on Instagram

A post shared by Eleena Sui (@eleena.sui)

Meskipun sudah hampir dua minggu melahirkan permata hatinya itu, Eleena atau nama sebenarnya Nor Eleena Hamzah,29, walau bagaimanapun baru sahaja berkongsikan berita gembira tersebut dengan peminat menerusi ruang Instagramnya.

Dia juga masih belum mendedahkan nama dan jantina anak sulungnya itu kepada umum sebaliknya hanya menggelarkan bayinya sebagai ‘Baby EA’.

View this post on Instagram

A post shared by Eleena Sui (@eleena.sui)

Advertisement

“Syukur alhamdulillah di atas amanah ini Ya Allah. Sepatutnya tarikh saya dijangka bersalin ialah pada satu Ramadan nanti (13 April). Selepas satu malam saya tahan sakit sebab ingatkan hanya sakit perut biasa, rupa-rupanya baby EA dan tak sabar nak jumpa semua orang..”

Dia dalam pada itu turut memanjatkan kesyukuran kerana suami, Ahmad Faisya yang bertugas di Sudan sempat pulang untuk menemaninya menjalani proses bersalin.

View this post on Instagram

A post shared by Eleena Sui (@eleena.sui)

Terdahulu, Eleena dan suaminya yang merupakan seorang peguam telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2017 yang lalu.

Tahniah diucapkan buat Eleena dan suami di atas kelahiran bayi pertama!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top