Jutaan tahniah diucapkan buat Elaine Daly yang akan menamatkan zaman gadisnya pada 4 Disember ini. Pelakon dan pengacara jelita yang berusia 38 tahun ini telah memilih seorang doktor yang berasal dari Afrika Selatan iaitu Nick Boden (38 tahun) sebagai bakal suaminya. Majlis perkahwinan Elaina dan Nick akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Untuk makluman, Nick Boden merupakan seorang duda anak satu. Elaine telah berkenalan dengan jejaka kacak ini pada bulan Mac yang lalu. Kata Elaine menerusi Harian Metro:-
Kami diperkenalkan menerusi seorang rakan pada awal Mac lalu di ibu negara. Selepas saling mengenali hati budi masing-masing, kami mengambil keputusan untuk bertunang Julai lalu
Bagi saya, Nick adalah lelaki yang memiliki ciri-ciri seorang suami yang dicari selama selama ini. Dia seorang yang memahami dan kami memiliki banyak persamaan.
Semoga segala perancangan Elaine dan Nick akan berjalan lancar sehingga hari perkahwinan mereka. Jutaan tahniah diucapkan. Selamat berbahagia ke akhir hayat.