(TAHNIAH) Eizlan Yusof Dedah Isteri Hamil Lima Bulan

Hiburan

(TAHNIAH) Eizlan Yusof Dedah Isteri Hamil Lima Bulan

Menyambut ulang tahun perkahwinan pertama semalam, pelakon Datuk Eizlan Yusof tampil mengesahkan isterinya Natasha Rosa kini hamil sedang lima bulan.

Advertisement

Menurut laporan Harian Metro, kesihatan isterinya kini dalam keadaan baik selepas beberapa kali melakukan pemeriksaan di hospital.

Bahkan, pelakon ini juga turut berkongsi detik awal sewaktu mengetahui isterinya hamil.

“Alhamdulillah, dia (isteri) dah stabil sekarang. Biasalah untuk dua, tiga bulan pertama agak huru hara kerana Tasha tiada selera makan dan pasti muntah semula selepas makan. Kiranya, dia alami ‘morning sickness’ yang teruk juga. Keadaannya sekarang kembali kepada asal. Makan pun berselera dan berat badan bertambah. Alhamdulillah, tiada permintaan untuk makan yang bukan-bukan. Malah, yang penting dia dan anak dalam kandungan sihat. Kami pun dah beberapa kali jumpa doktor untuk pemeriksaan dan semuanya dalam keadaan baik.”

Kata Eizlan, jantina cahaya matanya itu sudah diketahui, namun pihaknya sendiri masih belum bersedia mendedahkan kepada umum.

“Kami terpaksa melalui satu lagi pemeriksaan doktor sebelum benar-benar disahkan. Anak-anak yang lain iaitu, Vie Zara, 12, Zareef Yusof, 10, dan Vie Zaara, 7, memang suka ada adik. Mereka asyik tanya mamanya (Tasha) bila lagi mereka boleh dapat adik. Jadi mereka teruja apabila dapat tahu Tasha mengandung. Mereka pun tak kisah sama ada akan dapat adik lelaki ataupun perempuan, asalkan bayi sihat serta selamat.”

Dalam pada itu, kata Eizlan, isterinya kini masih bekerja di sebuah hotel terkenal dan hanya akan berehat apabila kandungan memasuki bulan kelapan.

“Buat masa ini, Tasha masih kuat bekerja. Cuma kadang kala nampak dia cepat penat. Jadi, saya suruh dia banyak berehat. Saya pun tak bagi dia buat kerja berat dan lasak di rumah. Sebelum dia mengandung pun memang saya tak bagi dia buat kerja berat-berat. Tapi, Tasha rajin dan tak suka suasana semak. Dia juga ada pelihara dua ekor kucing di rumah kami dan suka melayannya. Lagipun, emak juga menggalakkan dia aktif dan bukan hanya tidur baring semata-mata untuk memudahkan dia bersalin nanti.”

Untuk rekod, Eizlan telah selamat berkahwin dengan Natasha pada 12 Disember tahun lalu. Namun, Eizlan juga sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Vie Shantie Khan pada 2007 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata sebelum memutuskan untuk bercerai pada Februari 2015.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...