Tahun 2010 ni memang tahun artis Malaysia kahwin, cerai ataupun dapat anak. Semalam baru cerita pasal Eizlan Yusof dan Vee yang dapat anak, hari ini dapat tahu yang Dynas pun dah selamat lahirkan anak perempuan Sabtu lalu. Tahniah, tahniah dan tahniah sekali lagi. Semoga makin murah rezeki dengan kelahiran si comel baru ini.
Untuk yang tak tahu, Dynas pernah gugur anak pertamanya dahulu. Alhamdulillah kali ini semuanya selamat. Nama anak perempuannya ini ialah Khyra Khalyssa. Cantik dan sedap je nama tue. Nanti kalau dah kawin dapat anak perempuan nak amik nama anak Dynas nie la. Tahniah sekali lagi dari kami kepada Dynas. Sumber berita daripada Wawan_Azwani.
P.S: Kepada anda-anda yang tak pernah melawat Kuching, sila layan video Project Alpha 2 episod ke 4 kat atas nie. Abang Nara kagum sebentar dengan bandar Kuching. Cantik menarik tertarik kau memang da bom. Kalau nak tengok video-video sebelum nie sila pergi ke www.projectalpha.com.my. Project Alpha dibawakan khas oleh Adidas Action 3, P1 Wimax dan MAS Airlines.