Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham merupakan antara tokoh yang menerima kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.
Gelaran tersebut dianugerahkan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya hari ini.
“Ia sekali gus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan kepada para penjawat awam.”
Selain Dr Noor Hisham, sejumlah besar petugas barisan hadapan dan warga KKM turut dikurniakan dengan pelbagai pingat dalam majlis yang sama.
Mereka mewakili pelbagai latar belakang, termasuk pakar perubatan, petugas kesihatan hinggalah ke petugas sokongan kesihatan seperti pemandu kenderaan, penolong pegawai tadbir dan pembantu perawatan kesihatan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.