Mengumumkan dirinya sudah melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hati, doktor dan pelatih bedah popular, Dr Nur Amalina Che Bakri berkongsi berita gembira tersebut kepada umum menerusi sebuah entri di laman Instagramnya.
Dalam posting tersebut, Amalina dilihat turut memuat naik foto cincin di sarung di jari manisnya dan meletakkan tanda pagar #Engaged di ruangan kapsyen menandakan dirinya sudah mengikat tali pertunangan.sebagai tanda pertunangan.
Malah, Amalina turut berkongsi foto bersama tunangnya yang merupakan seorang lelaki berkulit putih.
Ujarnya, beliau amat teruja untuk merancang perkahwinan yang akan diadakan di United Kingdom serta negara asalnya, Malaysia.
“Saya teruja merancang dua majlis perkahwinan di UK dan Kuala Lumpur.”
Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan ucapan tahniah buatnya. Malah tidak ketinggalan turut mendoakan agar segala perancangan Amalina dipermudahkan.
Selain dihujani dengan doa agar jodoh pasangan ini berkekalan, para pengikut juga dilihat memuji ketampanan jejaka tersebut dan mengakui amat sepadan dengan Amalina.
Tahniah diucapkan kepada Dr Amalina, semoga urusan mendirikan rumah tangga dimudahkan oleh Allah SWT.