(TAHNIAH) Diana Rafar, Zamarul Hisham Selamat Timang Anak Ketiga

Hiburan

(TAHNIAH) Diana Rafar, Zamarul Hisham Selamat Timang Anak Ketiga

Tahniah diucapkan kepada pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar yang kini telah selamat menyambut kelahiran bayi lelaki Jumaat lalu pada pukul 11:33 malam di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital. Berita gembira itu dikongsikan sendriri oleh Zamarul kepada umum menerusi sebuah posting di Iaman Instagramnya.

(TAHNIAH) Diana Rafar, Zamarul Hisham Selamat Timang Anak Ketiga

Advertisement

Menerusi perkongsiannya itu, Zamarul memaklumkan anak lelakinya itu seberat 3.57kg di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor. Zamarul turut berkongsikan gambar bersama cahaya mata ketiganya itu.

“Terima kasih Allah atas rezeki yg kau berikan. Terima kasih wahai anak ku kerana kelahiran mu membuat kan papa terasa semakin muda,”

Tambahnya, beliau juga tidak lupa untuk berterima kasih kepada keluarga, teman dan peminat yang turut mendoakan isterinya itu.

(TAHNIAH) Diana Rafar, Zamarul Hisham Selamat Timang Anak Ketiga

“Terima Kasih kepada Followers yg sentiasa mendoakan diana, ingatkan baby nak keluar 16hb rupa-rupanya dia nak hari Jumaat jugak. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.”

Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen entri berkenaan, pasangan itu turut dihujani komen-komen positif dan ucapan tahniah atas berita gembira tersebut. Malah wujud juga segelintir pengikutnya di laman berkenaan menitip doa agar segala proses berpantang isterinya sentiasa dipermudahkan dan keluarganya dirahmati selalu.

Untuk rekod, Diana sebelum ini telah selamat menjadi isteri Zamarul pada 2009. Hasil perkahwinan tersebut, mereka sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kashfi Haikal dan Kayla Reysha.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...