Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Diana Danielle Dan Farid Kamil Timang Cahaya Mata Ke 2

Tanggal 19 November lepas merupakan deti yang cukup bermakna buat Farid Kamil dan Diana Danielle kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka.

Advertisement

Mereka kali ini dikurniakan anak perempuan yang dilahirkan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya bergelar bapa lagi. Tanggal 19 November lalu, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar. Selamat datang ke dunia wahai anakku.

Untuk pengetahuan anda, Diana melahirkan anak keduanya itu menggunakan teknik “water birth”.

Bersalin di dalam air katanya mampu mengurangkan kesakitan sewaktu proses kelahiran  dimana ia memudahkan peralihan bayi dari rahim ke dunia luar. Kaedah ini sudah di amalkan beberapa tahun di negara barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah.

Advertisement

Farid Kamil dan Diana Danielle mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Sebelum ini mereka  mempunyai seorang anak lelaki bernama Muhammad yang kini sudah berusia 2 tahun.

Tahniah kami ucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle atas kelahiran puteri mereka, semoga kebahagiaan anda sekeluarga akan bertambah dengan kehadiran orang baru.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top