May 25th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Diana Amir yang kini sedang hamil anak kedua.  Berita itu disahkan sendiri oleh Diana Amir menerusi portal BH ONLINE dimana kandungannya sudah lima minggu.

Pada masa yang sama Diana sempat meluahkan rasa syukur kerana doa beliau untuk mendapatkan cahaya mata  ketika berkunjung ke masjid pertama di Sepanyol pada bulan April lalu dimakbulkan.

Ketika tiba di sana, masing-masing memasang niat termasuk saya yang memang berharap dapat menambah ahli keluarga memandangkan anak sulung kami sudah berusia setahun lebih.

Nyata doa saya dimakbulkanNya. Sepanjang seminggu di bumi yang pernah menjadi pusat kegemilangan pemerintahan Andalusia, sebenarnya itu pertama kali saya berjauhan dengan anak. Walaupun agak sedih meninggalkannya kerana dia masih menyusu badan, nampaknya perancangan Allah yang terbaik.

Diana Amir mendirikan rumah tangga bersama seorang pensyarah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman pada 25 Oktober 2013. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Khaulah Al Azwar yang kini berusia setahun dua bulan.

Sekali lagi tahniah kami ucapkan dan berharap agar segala proses kehamilan dan bersalin nanti berjalan lancar buat Diana Amir.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...