Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Dengan Sekali Lafaz, Mira Filzah Sah Bergelar Isteri Wan Emir

mira filzah dan wan emir selamat bernikah

Setelah sekian lama mendengar ura-ura bakal menamatkan zaman bujan sejak awal tahun ini, akhirnya pelakon popular iaitu Mira Filzah atau pun nama penuh, Nuramira Filzah Badioezaman selamat bernikah dengan lelaki pilihannya iaitu Wan Emir Astar Wan Mohd Khairil Anuar sebentar tadi.

mira filzah dan wan emir selamat bernikah

Advertisement

mira filzah dan wan emir selamat bernikah

Berlangsung secara gilang-gemilang di Pusat Konvensyen Sime Darby dan diserikan lagi dengan jemputan di bawah 250 orang, majlis tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi stesen penyiaran TV3.

Ketika majlis tersebut, Mira Filzah menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin manakala wang hantaran yang dipersetujui oleh kedua pihak tidak disebut secara spesifik jumlahnya.

Selain itu, pengantin perempuan turut menerima 11 dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki manakala dibalas dengan sembilan dulang hantaran.

Semasa akad nikah berlangsung, ayah pelakon wanita itu yang bertindak sebagai wali dan Wan Emir berjaya melafazkan ijab dan kabul dengan sekali percubaan sahaja.

Advertisement

mira filzah dan wan emir selamat bernikah

mira filzah dan wan emir selamat bernikah

Tahniah kepada pengantin baru ini! Semoga perkahwinan yang dibina ini kekal sampai ke jannah.

Sumber: TV3

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 4, 2020 at 3:00 am

    Congrats both of u.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top