December 21st, 2019

Siapa sangka pertemuan yang diatur oleh rakan baik, Izara Aishah pada 7 tahun lepas, kini berjaya membawa dua hati menjadi satu.

Tepat jam 9.04 malam tadi, pelakon Farah Nabilah dan seorang juruterbang iaitu Mohammed Amirul Yunus sah menjadi pasangan suami isteri.

farah nabilah bernikah dengan juruterbang

Bertempat di Royale Chulan Damansara, pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Datuk Saipuddin Ahmad dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Petaling.

Bagi yang tidak tahu, Farah dan Amirul telah pun bertunang pada hari yang sama sebelum pernikahan berlangsung. Hantaran yang diberikan pula ialah RM77,777.77 diiringi dengan mas kahwin sebanyak RM1,000.

farah nabilah bernikah dengan juruterbang

Farah dan juga suaminya kelihatan cantik sepadan dengan busana putih diinspirasikan oleh gaya Melayu tradisional.

farah nabilah bernikah dengan juruterbang

farah nabilah bernikah dengan juruterbang

Tahniah diucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli ini, diharap agar masjid yang dibina akan berkekalan sehingga selama-lamanya.

Sumber: Media Hiburan


9 responses to “(TAHNIAH) Dengan Hantaran RM77,777.77, Farah Nabilah Sah Jadi Isteri Juruterbang!”

  1. Kiah comei says:

    Alaa okey je hantaran byk tu. Suami dia pun pilot, setakat 77k tu mcm kumpul 2 bulan gaji dia je.. so apa nak kisah. Dah dia mampu.

  2. apie says:

    kalau bran, actually bukan minta hantaran byk tu, mas kawin byk tu. baru betul2 jantan

  3. Fidot says:

    Min kos utk pelamin reka timor tu pun aku rasa min RM50K. huhu…. So sesuai la hantaran tu…

  4. Leylla Elskens says:

    Wow! Byknya hntrn dia! Tahniah..semoga bahagia hgg ke akhir hayat

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...