(TAHNIAH) Dayana Roza Bergelar Ibu Pada Aidiladha Yang Lalu

Hiburan

(TAHNIAH) Dayana Roza Bergelar Ibu Pada Aidiladha Yang Lalu

Pelakon Dayana Roza memaklumkan bahawa dia kini sudah bergelar ibu setelah melahirkan anak sulungnya, Astrid Raheeya pada 20 Julai lalu.

Dayana Roza
1 year lalu

Kumpul Barang Bantuan Sehingga Menimbun, Dayana Roza Tegur Sikap Penting Diri Penerima Bantuan

Advertisement

Meskipun bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan atau pramatang, Dayana berkata dia sepatutnya melahirkan cahaya matanya itu ada September ini.

View this post on Instagram

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza)

Namun begitu, isteri kepada A’dale Adham Ayahudin ini bersyukur kerana dia dan bayi kini berada dalam keadaan baik dan sihat walafiat.

Syukur alhamdulillah keadaan serta kesihatan saya dan anak baik-baik sahaja. Anak sulung saya dilahirkan dengan berat 2.4 kilogram pukul 11 malam di sebuah hospital swasta di Kuala Lumput. Setakat ini, keadaan semuanya terkawal. Perihal lahir tak cukup bulan ini sebenarnya sudah jadi perkara biasa dalam keluarga saya.

Kata pelakon drama Asam Pedas Untuk Dia ini lagi, dia sempat menyambut sambutan hari raya Aidiladha  dengan menjamah beberapa hidangan hari raya seperti rendang dan lemang pada sebelah pagi sebelum dimasukkan ke hospital pada petang hari.

View this post on Instagram

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza)

Dia yang melahirkan anak pada malamnya itu berkata ada mengalami pendarahan namun tidak serius dan terpaksa bermalam selama seminggu di hospital.

Dayana juga ada berkongsikan foto Astri Raheeya menerusi Instagram miliknya untuk tatapan peminat. So cute!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    August 25, 2021 at 2:12 pm

    aminn…

  2. HA

    August 25, 2021 at 11:23 am

    tahnia.. comel betul ak awak.. semoga wanita2 yg teringinkan anak moga dikabulkan doa anda utk memiliki zuriat satu hari nnti

Loading...