Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Datuk Awie Dan Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki Ke-6, Isnin Lalu

Awie dan Isteri

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie mengumumkan khabar gembira apabila dia dan isteri, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin telah menimang cahaya mata ke-6 iaitu seorang bayi lelaki pada hari Isnin yang lalu.

Awie dan isteriSumber : Instagram Awie  

Difahamkan, penyanyi rock lagenda daripada kumpulan Wings itu telah menghebahkan mengenai berita gembira tersebut menerusi akaun media sosialnya iaitu Facebook untuk pengetahuan peminat.

Advertisement

Awie dalam pada itu sempat mengucapkan terima kasih di atas kesemua doa yang dititipkan peminat sepanjang tempoh kehamilan yang ditempuhi isterinya selama sembilan bulan sebelum ini.

Facebook AwieSumber : Facebook Awie  

“Alhamdullilah, terima kasih di atas doa semua. Ibu dan bayi kedua-duanya sihat. Terima kasih sekali lagi kepada yang telah memberikan ucapan tahniah dan selamat.”

Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan pengikut Facebook penyanyi ini telah tampil mengucapkan tahniah di atas kelahiran itu dan turut mendoakan agar isteri dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Sekadar info, Datuk Awie dan isterinya telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2016 dan kelahiran bayi lelaki ini merupakan cahaya mata pertama mereka berdua sejak bernikah. Awie sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Arni Nazira dan Rozana Misbun sebelum bercerai dan hasil perkahwinan dengan kedua-dua pelakon itu dia telah dikurniakan lima orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, Puteri Aleefa Antasha, Putra Ahmad Merrah,Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha.

SUMBER : Facebook Datuk Awie
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Proton

    February 1, 2021 at 5:02 pm

    Alhamdulillah tahniah Awie & isteri. Semoga dipermudahkan urusan selalu.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top