Usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa bangga apabila kakaknya, Noor Hayati, bergelar Datin selepas suaminya, Mohamad Zaidi Aziz, dikurniakan gelaran Datuk baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Threads, Aliff, 38, menyatakan bahawa detik itu lebih bermakna jika dapat dikongsi bersama arwah bapa mereka. “Seronokkan kalau arwah abah ada, mesti dia bangga,” tulisnya sambil mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.
Hayati turut mengenang arwah bapanya yang sering menjadi individu paling teruja melihat kejayaan anak-anak. Luahnya,
Siapa sangka, kita adik-beradik seibu sebapa, Allah bagi rezeki macam ini. Alhamdulillah.
Rata-rata warganet yang membaca ucapan Aliff turut tersentuh dan sebak dengan kata-kata tersebut.
Untuk makluman, Mohamad Zaidi menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, anugerah kehormat dari negeri Pahang.