“Tahniah Dapat Ambil ‘Sampah’ Yang Saya Buang” – Perit! Bella Astillah ‘Repost’ Babak K-Drama Kait Dengan ‘Real Life’

Hiburan

“Tahniah Dapat Ambil ‘Sampah’ Yang Saya Buang” – Perit! Bella Astillah ‘Repost’ Babak K-Drama Kait Dengan ‘Real Life’

Sedia maklum, kemelut yang berlaku dalam rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz hingga ke hari ini masih lagi menjadi bualan ramai.

‘Repost’ babak dalam K-Drama

Terbaru, melalui laman TikTok Bella, kelihatan aktres terbabit ‘repost‘ satu babak di dalam K-Drama yang seakan-akan berkait rapat dengan situasi yang sedang dihadapi olehnya sekarang ini.

Advertisement

Di dalam babak tersebut, pelakon utama mengucapkan ‘tahniah’ kepada rakan baiknya yang telah merampas suaminya dan menganggap rakan baik telah mengambil ‘sampah’ yang telah dibuang oleh dia.

tiktok bella

 

Netizen sokong Bella

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen ‘bersorak’ apabila melihat Bella ‘repost’ video tersebut kerana merasakan ia sememangnya ayat yang perlu dia berikan kepada pelakon, Ruhainies.

komen

Bahkan, ramai yang meluahkan rasa gembira kerana kelihatan kali ini pelakon tersebut benar-benar sudah tawar hati terhadap suami, Aliff Aziz yang selama ini berlaku curang terhadapnya beberapa kali.

Sekadar info, Aliff Aziz enggan menceraikan Bella Astillah dan mengakui masih menyayangi isteri serta akan mencuba sedaya upaya untuk lakukan pelbagai perkara agar dapat menyelamatkan rumah tangga mereka.

shila
4 weeks ago

"Settle Je Dengan Hakam.." - Kasihan Bella Astillah Diseksa Mental, Shila Amzah Saran Cerai Dengan Kaedah Hakam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...