Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Cliff Umar Juara Gegar Vaganza Musim Ke-7

Konsert peringkat akhir Gegar Vaganza Musim Ke-7 (GV7) menobatkan penyanyi Cliff Umar sebagai juara buat kali ini.

Advertisement

Hasil kemenangan itu, Cliff berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 masing masing, pakej percutian Royal Chulan Cherating dan trofi kemenangan tajaan Astro.

Tidak ketinggalan, Mus May diangkat sebagai naib juara manakala Ayu Damit pula berjaya merangkul tempat ketiga di pentas akhir Gegar Vaganza 2020 malam ini.

Selain itu, Noraniza Idris berjaya mendapat tempat keempat, Linda Nanuwil di tempat ke-5, Oja di tempat ke-6 dan Ashira di tempat ke-7.

Untuk rekod, Gegar Vaganza musim ini diacarakan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad yang bersiaran secara langsung dari Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan secara langsung Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. alfie

    December 14, 2020 at 11:54 am

    Kalau hadiah dia Dato Vida tak sponsor mungkin ada lah nilai jika Cliff nak jual nanti.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top