Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) “Bulan Kedua Dan Ketiga Tempoh Paling Panjang Sebab..” Hunny Madu Kini Hamil 5 Bulan

Hunny Madu hamil

Penyanyi dan pengacara televisyen, Hunny Madu berkongsikan berita gembira kepada peminat di Instagram memberitahu dirinya kini sedang hamil lima bulan.

Advertisement

Di dalam perkongsian tersebut, Hunny atau nama sebenarnya, Hani Farhana Mohd Hatim berkata dia kini sedang melalui fasa alahan yang teruk sepanjang bulan kedua dan ketiga.

Bulan kedua dan ketiga merupakan tempoh paling panjang dalam hidup saya kerana hanya nampak bilik air dan katil sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hunny Madu (@hunnymadu)

Dalam pada masa yang sama, penyanyi tersebut berkata dia terpaksa merahsiakan hal kandungannya ini atas sebab-sebab tertentu dan dia juga berkata tidak sabar untuk melihat suaminya menukar lampin bayi serta membancuh susu buat bakal bayi yang dilahirkan itu.

Advertisement

Hunny Madu dan keluarga

Sekadar info, Hunny dan suaminya, Fedrighi Francesco yang berasal dari Itali itu mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2020.

Sebelum itu penyanyi ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Khairul Azhar Abdul Wahid dan telah dikurniaka dua cahaya mata iaitu Eva Medina, 9, dan Adam Musa, 4, namun berpisah pada tahun 2018.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top