(TAHNIAH) Buat Kejutan, Fendy Bakry Kini Bergelar Suami

Hiburan

(TAHNIAH) Buat Kejutan, Fendy Bakry Kini Bergelar Suami

Dalam diam, pelakon Fendy Bakry, 32, secara senyap-senyap telah menamatkan zaman bujangnya semalam bersama wanita pilihan bernama Ayu, 27.

Menurut pelakon itu sendiri, majlis pernikahan tersebut berlangsung selepas Isyak di sebuah dewan bertempat di Setia Alam, Shah Alam dan hanya dimeriahkan dengan kehadiran 30 ahli keluarga terdekat.

Advertisement

Ketika majlia bermakna itu, Fendy telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3008 diiringi lima dulang hantaran yang berbalas tujuh. Pun begitu, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Kalau anda nak tahu, pasangan merpati dua sejoli ini telah melangsungkan pertunangan yang ringkas sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan pergerakan pada Mac lalu.

Mengungkap kisah perkenalan mereka, pelakon lelaki itu mengakui bahawa mereka tidak terlalu beria bercinta.

“Jika ikutkan, kami tak bercinta bagai nak rak. Tiada nak berdating atau bergayut telefon selama 24 jam. Kami kenal tiga tahun lalu selepas bertemu di Festival Teater Kebangsaan, Kedah kerana memberi sokongan kepada persatuan teater masing-masing.”

fendy bakry berkahwin

Malah, Fendy tidak segan untuk menyatakan sebab utama dia terpikat dan membuat keputusan untuk memperisterikan Ayu.

“Salah satu perkara mencuri hati adalah keperibadiannya. Isteri tak kisah bersusah payah demi saya. Secara kebetulan, saya berdepan dengan masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu, jadi dia banyak membantu. Susah nak jumpa orang sepertinya.”

Fendy juga menjelaskan bahawa dia merasakan diri sudah matang untuk menjejakkan kaki dalam kehidupan berumah tangga. Selain turut mendedahkan bahawa dia kini memerlukan teman hidup bernama isteri untuk menguruskan makan pakainya.

Mengulas mengenai jumlah tetamu yang dijemput, Fendy meminta orang ramai memahami keadaan kini yang membataskan pelbagai perkara lantaran prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Keluarga sepakat mahu meneruskan perkara wajib dahulu. Nak jemput ramai pun takut ada yang terlepas pandang dan terasa hati.”

fendy bakry berkahwin

Tambah Fendy, tarikh spesifik untuk majlis resepsi mereka masih belum lagi diputuskan dek keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga hujung tahun ini. Kemungkinan besar, ia akan dilangsungkan pada tahun hadapan.

Lagi pula, pelakon tersebut menjelaskan bahawa dia dan isteri akan sibuk dengan komitmen kerja selepas ini. Bahkan bukan sahaja menguruskan perniagaan, lelaki itu juga akan kembali ke set penggambaran pada penghujung September nanti.

Tahniah sekali lagi buat Fendy dan Ayu!

Sumber: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...