Penyanyi rap popular iaitu Tuju daripada kumpulan K-Clique dan isterinya, Loca B dikhabarkan telah selamat menimang cahaya mata pertama lelaki, baru-baru ini.
Berita gembira itu telah dikongsikan Tuju menerusi siaran langsung MeleTop pada selasa lalu. Dia turut memberitahu bahawa dia dan isteri memilih nama ‘Bintang Aiko’ untuk anak lelaki mereka.
Tuju juga memberitahu kepada pengacara MeleTop pada malam itu bahawa anak dan isterinya kini berada dalam keadaan sihat walafiat. Loca B juga difahamkan sedang berpantang di rumah.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Menurutnya lagi, dia tidak bersama isteri dan anak tersayang kerana sedang menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.
Mengimbas kembali, Tuju dan Loca B mengaku sudah berumah tangga pada Oktober lalu namun merahsiakan tarikh sebenar perkahwinan mereka kepada umum. Tahniah diucapkan atas kelahiran anak pertama!

tecit
November 26, 2020 at 9:35 am
pelik2 la name zaman now. aiko tu bintang ape ye. ape maksudnye. loca b tu pon ape maksudnye. klu dr bahasa latin loca tu giloss.
cyiiaaaa
November 25, 2020 at 12:58 pm
Anak pertama? then budak lelaki sorang dengan dorang tu siapa eh? anak angkat ke?
anak nogori
November 25, 2020 at 3:12 pm
Tu anak loca dgn suami peryama dia lah