Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Bella Dally Akui Sudah Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon jelita, Bella Dally yang kini sudah bertemu pengganti dan bergelar tunangan orang.

Advertisement

Selepas lima bulan mengenali hati budi seorang ahli perniagaan bernama Arif, Bella akhirnya mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya itu pada Sabtu lalu  dalam sebuah majlis tertutup di kediamannya di Kota Kinabalu, Sabah.

Arif adalah kenalan sepupu dan beberapa rakan lain. Apabila sering berjumpa beramai-ramai, kami jadi rapat dan cinta pun berputik. Saya dapat rasakan antara kami ada keserasian. Begitu juga dengannya. Dalam masa sama, saya pula jenis yang serius dalam perhubungan dan tak nak buang masa. Orang kata, perkara bagus sebaiknya dipercepatkan.

Sejujurnya, saya tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Walaupun selepas bercerai saya pernah cakap nak memberi fokus pada kerjaya dan belum fikir soal mencari pengganti, tapi siapa saya untuk menidakkan ketentuan Allah SWT? Inilah yang dikatakan jodoh.

Buat masa ini, Bella belum bersedia untuk berkongsi dengna lebih lanjut mengenai hubungan cintanya itu dan cukuplah untuk peminat tahu bahawa beliau sedang gembira dan bahagia sekarang. Sikap Arif yang ‘gentleman’, bertanggungjawab dan boleh menerima statusnya membuatkan Bella jatuh cinta dengan jejaka tersebut.

Pasangan ini merancang untuk berkahwin pada tahun ini tetapi belum lagi menetapkan tarikhnya. Bella berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja buatnya agar segala perancangan berjalan lancar dan dipermudahkan.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

36 Comments

  1. Anonymous

    January 17, 2019 at 1:44 am

    Happy for her..congrats bella

  2. mak hayam mas

    January 16, 2019 at 5:36 pm

    bukan la ni dri dulu masa dok fly mas lagi dah memang fonen la dok fly smbil cari jantan tapi masa dok fly dulu tak mau campok geng fonen ..kekwat yg amat

  3. Anonymous

    January 16, 2019 at 2:35 pm

    Awat la hang jadi lagu tu nazim?makin hari makin doll..

  4. Anonymous

    January 16, 2019 at 11:46 am

    congratulations bella…

  5. Skuad Bawang

    January 16, 2019 at 11:41 am

    kalau bekas laki lembih cantik drp bini…paham2 sendiri la ye.

Loading...
To Top