Kemelut rumah tangga Da’i Farhan memang cukup hangat diperkatakan dan umum mengetahui dia sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain ketika wanita itu sedang sarat hamil anak kedua mereka.
Farhan menerusi akaun Instagram turut memuat naik foto dia sedang menggendong anaknya. Pendakwah bebas itu meluahkan rasa syukur atas kurniaan terindah itu dan turut mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya itu.
Terdahulu, pernikahan kedua Farhan bersama Dr Erin yang berlangsung di Tanah Suci Makkah itu mengundang kecaman ramai apabila timbul dakwaan mengatakan ikatan tersebut tidak diketahui isteri pertama. Pelbagai spekulasi dan kontroversi tercetus dan kemudian Farhan mengakui sudah menceraikan Fatin dengan talak satu melalui rakaman suara aplikasi WhatsApp pada 3 December 2019.
Hasil perkongsian hidup dengan Fatin, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang berusia 1 tahun 5 bulan.