(TAHNIAH)Beego Dan Linda Hashim Sah Suami Isteri Jumaat Lalu

Hiburan

(TAHNIAH)Beego Dan Linda Hashim Sah Suami Isteri Jumaat Lalu

Maafkan Abang Nara kerana lambat mengemaskini mengenai berita perkahwinan Beego dan Linda Hashim ini. Abang Nara telah ke Johor Bahru untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara di sana. Sempat bertemu dengan pembaca-pembaca BeautifulNara yang menegur diri ini ketika sedang makan steamboat di KAPTEN.
gambar kahwin beego dan linda hashimLinda Hashim atau nama penuhnya Norhazlinda Hashim, 29 tahun telah sah menjadi isteri kepada Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul bin Nizam Abdullah, 33 tahun dengan hanya sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung pada Jumaat lepas (7 Jun) selepas sembahayang Isyak, kira-kira jam 9.26 malam.
gambar kahwin beego dan linda hashimLinda menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM35,000. Pengantin lelaki menghantar 9 dulang hantaran berupa tepak sireh, sepasang kasut Quince, seutas jam Titos, sebentuk cincin & wang hantaran kahwin, sepasang jubah, set minyak wangi dan sebuah beg tangan Furla.
gambar kahwin beego dan linda hashim

telekung

Advertisement

P.S: Atas permintaan ramai, produk terbaru khas utk anak2 anda yang tersayang. Telekung sophie ini terbaik sangat jika anda ingin melatih anak2 utk mula solat. Mudah dibawa, kecil dan ringan. Hanya RM24 sahaja. Pelbagai warna boleh didapati. Layari Facebook Gudang.My untuk info lanjut.

Sebagai balasan, pengantin perempuan memberikan 9 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa seutas jam tangan D&G, sepasang baju Polo, sepasang kasut Bershka, cermin mata hitam Cartier, sebentuk cincin Emporia Armani, coklat Hershey’s, buah-buahan, set penjagaan diri L’eau D’issey Pour Homme dan sireh junjung.
gambar kahwin beego dan linda hashimUntuk makluman, ini adalah perkahwinan kedua buat Beego dan merupakan perkahwinan pertama buat Linda. Kepada Beego dan Linda, jutaan tahniah diucapkan atas mahligai yang dibina. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Beberapa keping gambar lagi dengan membaca entri ini sepenuhnya.


gambar kahwin beego dan linda hashimgambar kahwin beego dan linda hashimgambar kahwin beego dan linda hashim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...