Maafkan Abang Nara kerana lambat mengemaskini mengenai berita perkahwinan Beego dan Linda Hashim ini. Abang Nara telah ke Johor Bahru untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara di sana. Sempat bertemu dengan pembaca-pembaca BeautifulNara yang menegur diri ini ketika sedang makan steamboat di KAPTEN.
Linda Hashim atau nama penuhnya Norhazlinda Hashim, 29 tahun telah sah menjadi isteri kepada Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul bin Nizam Abdullah, 33 tahun dengan hanya sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung pada Jumaat lepas (7 Jun) selepas sembahayang Isyak, kira-kira jam 9.26 malam.
Linda menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM35,000. Pengantin lelaki menghantar 9 dulang hantaran berupa tepak sireh, sepasang kasut Quince, seutas jam Titos, sebentuk cincin & wang hantaran kahwin, sepasang jubah, set minyak wangi dan sebuah beg tangan Furla.
P.S: Atas permintaan ramai, produk terbaru khas utk anak2 anda yang tersayang. Telekung sophie ini terbaik sangat jika anda ingin melatih anak2 utk mula solat. Mudah dibawa, kecil dan ringan. Hanya RM24 sahaja. Pelbagai warna boleh didapati. Layari Facebook Gudang.My untuk info lanjut.
Sebagai balasan, pengantin perempuan memberikan 9 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa seutas jam tangan D&G, sepasang baju Polo, sepasang kasut Bershka, cermin mata hitam Cartier, sebentuk cincin Emporia Armani, coklat Hershey’s, buah-buahan, set penjagaan diri L’eau D’issey Pour Homme dan sireh junjung.
Untuk makluman, ini adalah perkahwinan kedua buat Beego dan merupakan perkahwinan pertama buat Linda. Kepada Beego dan Linda, jutaan tahniah diucapkan atas mahligai yang dibina. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Beberapa keping gambar lagi dengan membaca entri ini sepenuhnya.