(TAHNIAH) Bakal Timang Cahaya Mata Sulung, Elisya Sandha Kini Hamil

Hiburan

(TAHNIAH) Bakal Timang Cahaya Mata Sulung, Elisya Sandha Kini Hamil

Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly bakal menimang cucu sulung apabila menantu kesayangannya yang juga merupakan pelakon, Elisya Sandha kini sedang hamil.

Menerusi satu hantaran Instagram miliknya, Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Mohd. Faisal berkongsi berita gembira berkenaan melalui video imbasan sepanjang tahun 2021 yang di muat naik olehnya.

Advertisement

Meskipun pelakon drama Misteri Mona itu tidak mengesahkan secara terperinci, terpapar sekeping gambar imbasan ultrabunyi yang diselitkan di dalam video berkenaan.

Syukur alhamdulillah untuk segala-galanya. Biarpun dengan segala naik turun, saya bersyukur.

Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat yang menyedari foto imbasan ultrabunyi berkenaan dan terus membanjiri ruangan komen tersebut.

“Saya nampak sesuatu. Tahniah si cantik.” tulis seorang pengguna Instagram.

Info tambahan, Elisya dan Uzair Haqimy selamat mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu.

Elisya Sandha
2 years ago

Berehat Sebulan Kerana Kurang Sihat, Elisya Sandha Ada Perancangan Timang Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...