(TAHNIAH) Bakal Jadi Bapa, Pereka Fesyen Rizman Nordin Teruja Isteri Hamil 4 Bulan

Hiburan

(TAHNIAH) Bakal Jadi Bapa, Pereka Fesyen Rizman Nordin Teruja Isteri Hamil 4 Bulan

Tahniah diucapkan buat pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin yang telah berkongsi berita gembira apabila isterinya, Nurida Suraya telah disahkan hamil empat bulan.

rizman nordin

Advertisement

Menerusi akaun Instagram, Rizman memuat naik foto ‘baby bump’ isterinya yang semakin terserlah dan pada masa yang sama meluahkan rasa syukur atas kurniaan anugerah paling bermakna serta berharga dan amanat dari Allah SWT yang diberikan kepada mereka.

Rizman yang begitu teruja bakal bergelar bapa turut berkongsi video imbasan ultra bunyi kandungan isterinya.

Ruangan komen di perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah buat pasangan ini. Mereka turut sama mendoakan agar kandungan isteri pereka fesyen itu sihat dan semoga proses bersalin nanti dipermudahkan.

rizman bergelar bapa pereka fesyen rizman ruzaini pereka fesyen rizman nordin

 

Rizman dan Nurida mendirikan rumah tangga pada 13 September tahun lalu selepas lebih setahun menyulam cinta.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...