Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Azza Elite Kini Tampil Dengan Imej Bertudung

Permulaan tahun 2013 menjadi satu titik tolak penghijrahan buat Azza Elite. Kalau selama ini Azza  “free hair“, kini dia telah pun membuat keputusan untuk tampil dengan imej bertudung. Comel jugak Abang Nara tengok.

azza elite bertudung

Advertisement

Berkata kepada Mstar Online, Azza menyatakan wataknya di dalam drama Mujahid sebagai wanita muslimah bertudung membuka hatinya untuk terus menutup aurat. Kata Azza:-

Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus. Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu. Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini.

azza elite bertudung

Tahniah kepada Azza Elite atas penghijrahan ini. Pasti suami anda akan bertambah-tambah sayang selepas ini. Untuk anda yang tidak tahu, tahun ini umur Azza sudah pun mencecah 35 tahun. Jadi orang kata memang molek benarlah untuk melakukan perubahan di dalam hidup.

azza elite bertudung

Semoga dengan perubahan ini, rezeki Azza akan dimurahkan dan Azza mendapat apa yang diinginkan oleh pasangan suami isteri iaitu cahaya mata sendiri. Semoga dipermudahkan. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Wanita dengan punggung terlebar di dunia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top